No 5, Taman Suria 6, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel : 04-917 9710
H/P (BPK) : 019-505 7955
H/P (BPP) : 013-570 7955
Fax: 04-916 1235
koperasi @ kopasu.com.my
Kami sedia membantu

Maklumat Kopasu

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KUBANG PASU BERHAD telah ditubuhkan pada 11 Februari 1931. Pejabat Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad beroperasi di No. 12 Taman Pasu, 06000 Jitra, Kedah. Pada peringkat awal penubuhannya, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad hanya terlibat dalam urusan kredit. Sehingga Kini, Koperasi ini masih menjalankan perniagaan yang sama iaitu kredit disamping menjalankan aktiviti-aktiviti pembekalan mesin dan sebagainya.

Selain itu,Koperasi juga terlibat dalam aktiviti perkhidmatan seperti perkhidmatan pembaharuan cukai jalan serta insurans, dan cuci bangunan/kawasan pejabat. Koperasi bekerja keras bagi memastikan pembekalan/perkhidmatan yang dijalankan adalah berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak pelanggan.

Matlamat penubuhan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik kepada anggota-anggota, kakitangan kerajaan serta masyarakat sekitar Kubang Pasu. Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Kubang Pasu Berhad juga berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada anggota dan masyarakat. Kini, koperasi bergerak maju setapak ke hadapan bagi melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti pembekalan dan perkhidmatan yang sedang diceburi sekarang.

VISI

  • Menjadi sebuah Koperasi yang terulung di daerah Kubang Pasu.

MISI

  • Menaikkan imej Koperasi ke tahap yang tertinggi.
  • Menjadikan Koperasi sebagai koperasi pilihan penjawat awam daerah Kubang Pasu.
  • Menguruskan Koperasi dengan cekap dan berkesan.
  • Meningkatkan keupayaan kewangan dan pembiayaan Koperasi.
  • Mempelbagaikan sumber aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan yang maksimum.
  • Menyediakan pelbagai faedah dan bantuan kepada para anggota Koperasi.