Keanggotaan terbuka kepada kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun kerajaan, anak syarikat milik penuh kerajaan dan berkhidmat di negeri Kedah Darul Aman sahaja dan berstatus tetap.
Pemohon hendaklah mengisi borang anggota baru yang boleh diambil di ibu pejabat koperasi.
Pemohon hendaklah sertakan bersama salinan slip gaji terkini dan salinan kad pengenalan yang bersama-sama borang keanggotaan.
Borang yang lengkap diisi bolehlah diserahkan ke pejabat koperasi untuk diproses.
Borang yang siap diproses akan dibawa masuk dalam mesyuarat pengurusan dan kelulusan akan diputuskan dalam mesyuarat lembaga.
Anggota akan dikenakan yuran daftar sebanyak RM20.00 Dan Modal Syer Sebanyak RM50.00
Nombor anggota akan diberikan bersama – sama resit bayaran.
Maklumat bayaran bulanan akan dihantar melalui surat bersama – sama borang tanggungan waris dan borang penama untuk di isi oleh anggota koperasi.
Manfaat Menjadi Anggota
Kemudahan Pembiayaan
Pembiayaan Tunai/Peribadi
Pembiayaan Cukai Jalan Dan Insuran Kenderaan Takaful
Potongan Yuran Tuisyen Kepada Anak Anggota
Dividen Tahunan
Derma Siswa
Khairat Kematian (kepada pasangan/anak dalam tangungan)
Yuran Pendaftaran Menjadi anggota
Yuran keanggotaan setiap anggota minima RM 50.00 sebulan dan derma kematian RM 10.00.